PENGENALAN

Diaktifkan pada tahun 2016, Yayasan Ehwal Siswazah (YES!) adalah merupakan “Rangkaian Siswazah Prihatin” yang aktif di peringkat Nasional dan Negeri di seluruh Malaysia.
Rangkaian Siswazah Prihatin yang menjadi Penggerak YES! amat komited untuk memberi inspirasi, berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman berkaitan kitaran kehidupan yang mereka lalui dari peringkat sekolah, universiti, tamat pengajian, memasuki alam kerjaya atau dunia keusahawanan serta berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
Sasaran utama YES! adalah dari kalangan keluarga B40 yang sangat memerlukan inspirasi dan bimbingan untuk anak-anak mereka supaya tidak keciciran dalam sistem pendidikan dan sebaliknya mencapai kemajuan dan kejayaan hingga ke peringkat diploma atau ijazah dan seterusnya memasuki alam kerjaya atau keusahawanan setelah tamat pengajian.