PERANAN

Selaras dengan misi dan visi yang dinyatakan, YES! komited untuk melaksanakan peranannya ke arah meningkatkan kerjasama strategik yang melibatkan institusi sekolah, badan akar umbi, institusi keluarga dan lain-lain Institusi Keilmuan bagi memajukan sumber, mewujudkan persekitaran ilmu, memberi motivasi serta menyediakan khidmat sokongan demi menggalak dan mempertingkatkan peluang untuk para pelajar dari kalangan keluarga B40 mencapai kejayaan dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej atau universiti sehingga ke peringkat memasuki alam kerjaya atau keusahawanan dan seterusnya membina keluarga yang bahagia dan berjaya.