STRUKTUR OPERASI

YES! menguruskan struktur operasi yang beroperasi di peringkat Nasional, Negeri dan Parlimen sebagaimana berikut:-

6.1. MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN NASIONAL (MAPAN)

MAPAN bergerak melalui penglibatan sumber kepakaran yang wujud di Universiti Tempatan. Tenaga pakar terdiri daripada pensyarah Universiti akan dilibatkan di dalam MAPAN bertujuan memberi input yang boleh memperkukuhkan proses perancangan dan perlaksanaan pelbagai aktiviti di bawah agenda kecemerlangan pelajar yang dikelolakan dan dimajukan oleh YES!

6.2 MAJLIS SISWAZAH PRIHATIN (PERINGKAT NEGERI)

Majlis Siswazah Prihatin peringkat Negeri ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan siswazah yang bermastautin di Negeri yang berkaitan untuk melibatkan diri sebagai tenaga pemikir atau tenaga kerja sukarelawan bagi membantu menjayakan agenda kecemerlangan pelajar yang dimajukan oleh YES!

6.3. MAJLIS KERJASAMA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN (MKKP)

MKKP diusahakan pembentukannya di peringkat Parlimen dengan melibatkan aktivis pendidikan, sosial dan korporat setempat. MKKP berfungsi sebagai wadah pertukaran fikiran, penjanaan idea, penyediaan pelan tindakan dan pemantuan keberkesanan gerak kerja ke arah membimbing dan membantu pelajar dari kalangan keluarga B40 untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di setiap tahap kitaran pendidikan yang mereka lalui sehingga berjaya memasuki alam kerjaya atau keusahawanan.