PROGRAM BERFOKUS

YES! berharap dapat mengarus perdanakan agenda kecemerlangan pelajar sebagai prioriti Nasional yang tidak terjejas oleh perbezaan idelogi politik dan konflik perkauman. Maka itu, YES! amat komited untuk memajukan beberapa komponen program berikut:-

7.1. PROGRAM KOMITMEN NASIONAL

Program ini melibatkan penganjuran kajian, dialog, persidangan, skim penganugerahan, acara khas dan kempen bagi meningkatkan komitmen semua pihak menerusi sumbangan idea, kewangan dan kepakaran untuk menjadikan agenda kecemerlangan pelajar sebagai aktiviti utama dalam Institusi Keluarga, Korporat, Awam dan Kemasyarakatan.

7.2. PROGRAM RAKAN STRATEGIK 

Program ini melibatkan interasksi dengan pihak Universiti, Majikan, Agensi Kerajaan, Badan-Badan Kemasyarakatan serta lain-lain organisasi tempatan dan antarabangsa bertujuan mengumpulkan input dan memajukan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keberkesanan dan kejayaan agenda kecemerlangan pelajar kelolaan YES!

7.3. PROGRAM PUSAT SUMBER YES!

Program ini bertujuan menyediakan segala dokumentasi, manual, SOP dan “panduan amalan terbaik” yang boleh digunapakai oleh Institusi Sekolah, Pelajar dan Keluarga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik, nilai murni, gaya hidup sihat, ekonomi keluarga, kreativiti dan inovasi.

7.4. PROGRAM SUKARELAWAN SUKSES (MENGIKUT KAWASAN PARLIMEN)

Keanggotaan Skuad Sukarelawan SUKSES terdiri daripada mahasiswa, siswazah, pendidik, AJK PIBG, AJK Alumni serta lain-lain pihak yang komited untuk memimpin dan membimbing pelajar ke arah mencapai kemajuan dan kejayaan.

Aktiviti kelolaan Sukarelawan SUKSES tertumpu di peringkat Parlimen dan Sekolah dan mereka akan dibantu menerusi khidmat sokongan yang disediakan oleh Pusat Sumber YES.

Komponen aktiviti yang dikelolakan oleh Sukarelawan SUKSES termasuk:-
• Pengelolaan sistem maklumat prestasi dan intervensi pelajar
• Pengelolaan kajian dan evaluasi impek pelbagai inisiatif pendidikan melibatkan pelajar dari kalangan keluarga B40
• Pengelolaan aktiviti kumpulan STUDI, Sistem Buddy Tutor, Kem Ulangkaji, Ujian Psikologi, dan sebagainya
• Pembangunan dan pemanfaatan prasarana ilmu termasuk sudut bacaan, perpustakaan dan taman bimbingan lepas sekolah (TABILAS)
• Pengelolaan aktiviti pembangunan TABUNG CSR UNTUK PENDIDIKAN menerusi sumbangan majikan dan pekerja bagi membiayai aktiviti yang dikelolakan oleh Sukarelawan SUKSES.
• Pengelolaan aktiviti promosi, acara khas dan kempen “semarak budaya ilmu” melibatkan pelajar dari keluarga B40.
• Pengurusan Sekretariat Pentadbiran setempat