"Rangkaian Siswazah Prihatin yang menjadi Penggerak YES! amat komited untuk memberi inspirasi, berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman berkaitan kitaran kehidupan yang mereka lalui dari peringkat sekolah, universiti, tamat pengajian, memasuki alam kerjaya atau dunia keusahawanan serta berbakti kepada keluarga dan masyarakat. " Jadilah sebahagian daripada penggerak YES.

Visi & Misi

YES! berusaha menyempurnakan misi khusus ke arah “memperjuang kesamarataan peluang” di antara pelajar dari keluarga yang berada dengan pelajar di dalam keluarga B40..

Peranan

YES! komited untuk melaksanakan peranannya ke arah meningkatkan kerjasama strategik yang melibatkan institusi sekolah, badan akar umbi, institusi keluarga dan lain-lain Institusi Keilmuan..

Falsafah

YES! mendokong falsafah “Kecemerlangan Pelajar” secara holistik merangkumi dimensi akademik, nilai murni, kualiti kepimpinan, budaya hidup sihat dan daya inovasi..